Friday, 6 October 2017

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT

MAKSUD DIKSI

  • menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), diksi merupakan pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau berlisan.
FUNGSI DIKSI

  • Membuat orang yang membaca atau mendengar karya sastera menjadi lebih faham.
  • Membuat komunikasi menjadi lebih efektif.
  • Melambangkan ekspresi yang ada dalam gagasan secara verbal (tertulis ataupun terucap).
  • membentuk ekspresi ataupun gagasan yang tepat sehingga dapat menyenangkan pendengar ataupun pembacanya.
JENIS AYAT

  1. Ayat Penyata
  2. Ayat Seruan
  3. Ayat Tanya
  4. Ayat Perintah
ANALISIS JENIS AYAT

  1. Ayat Penyata
  • Untuk menyatakan sesuatu atau memberikan keterangan
          Contoh ayat:

  • Nadiah seorang jurugambar.
  • Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.
  • Bunga itu harum baunya.  
      2. Ayat Seruan

  • Ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci, dan sebagainya.
  • Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
  • Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis, dan sebagainya.
          Contoh ayat:

  • Amboi, garangnya kakak kamu itu!
  • Wah, besarnya rumah kamu!
      3. Ayat Tanya

  • Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.
  • Tanda tanya (?) biasanya diletakkan pada akhir ayat tanya.
  • Ayat tanya terbahagi kepada dua, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
  • Ayat tanya tanpa kata tanya biasanya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
          Contoh ayat:  
         
          Ayat tanya tanpa kata tanya

  • Adik masih menangis?
  • Mereka berlepas pagi tadi kah? 
          Ayat tanya dengan kata tanya

  • Siapakah nama awak?
  • Dimanakah awak tinggal?
     4. Ayat Perintah

  • Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar.
  • Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.
  • Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang mempelawa dan meminta.
  • Diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar.
  • Boleh disertakan dengan partikel -lah. Ini kerana, tanpa partikel -lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar.
  • Ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.
  • Ayat perintah terbahagi kepada 4, iaitu:
    1. Ayat suruhan
    • Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan kepada pendengar.
    • Secara umumnya, ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat. Namun demikian, subjek kebiasaannya digugurkan.
                    Contoh ayat:
                    - Tutuplah pintu itu.

               2. Ayat permintaan
                # Menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon                                 pertolongan dan permintaan.
                 
                   Contoh ayat:
                   - Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan dengan kadar yang segera.

              3. Ayat larangan
              *  Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, tidak usah, usahlah, usah dan                            janganlah.
              *  Ayat larangan terbahagi kepada dua, iaitu ayat larangan menggunakan kata larangan dan                      ayat larangan tanpa kata larangan.

                  Contoh ayat:

                  Ayat larangan menggunakan kata larangan
                  - Janganlah menangis.
               
                   Ayat larangan tanpa kata larangan
                  - Ditegah membuang sampah di kawasan ini.

             4. Ayat silaan
             +  Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya,                                digunakan pada permulaan ayat.
             +  Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
             +  Boleh dilembutkan dengan menambah kata penegas "-lah".

                 Contoh ayat:
                 - Jemputlah duduk di bangku yang disediakan di ruang tamu.

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2015). Shah Alam, Selangor: Reka Cetak Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2006). Tatabahasa               Dewan Edisi Baharu. Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn.Bhd.

No comments:

Post a Comment