Thursday, 28 September 2017

PEMERENGGANAN YANG BERKESAN

1.0 DEFINISI PEMERENGGANAN


Menurut Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md. (2012), pemerengganan merupakan suatu entiti yang paling penting dalam tubuh sesebuah karangan. Proses pemerengganan merupakan satu aspek yang penting dalam membina sesebuah karangan yang menarik. Perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan lainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Ringkasnya, perenggan merupakan satu kelompok karangan yang pendek mengandungi struktur ayat yang pelbagai. 


2.0 KONSEP PEMERENGGANAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), pemerengganan bermaksud satu proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang mempunyai idea yang jelas, maklumat yang mencukupi serta gabungan ayat jelas merupakan perenggan yang bermutu. Tugas pemerengganan adalah untuk membahagikan sesuatu idea serta mengembangkan lagi idea tersebut agar dapat menjadi satu penulisan yang sistematik.


3.0 JENIS-JENIS PERENGGAN

3.1 Perenggan pendahuluan / pengenalan
  • mengenalkan tajuk kepada pembaca
  • menjelaskan tajuk dari segi makna ataupun tujuan
  • memberikan gambaran tentang konteks
  • menegaskan pendirian atau pendapat penulis
  • mampu merangsang minat pembaca
Binaan perenggan pendahuluan / pengenalan

Perenggan pendahuluan dibina menggunakan ayat seperti berikut :
  • ayat penyataan
          - menggunakan ayat penegasan / alasan
  • ayat huraian
          - menggunakan ayat jenis perbandingan / ibarat / faedah
  • ayat rangsangan
          - ayat yang memujuk perasaan / rasa ingin tahu / bentuk penyoalan
  • ayat pandu / arah
          - tujuannya untuk memandu pembaca tentang halatuju karangan

3.2 Perenggan isi
  • digunakan untuk menyampaikan idea 
  • menjelaskan idea yang hendak disampaikan
Binaan perenggan isi
  • sebuah perenggan isi hanya mengandungi satu ida utama sahaja.
  • idea utama perlu ditulis dalam bentuk ayat judul dan hanya dapat disampaikan serta tuntas apabila dibantu dengan ayat-ayat kembangan.
  • perenggan isi biasanya dibina berdasarkan tugas-tugasnya sebagai :
           - ayat topik
           - ayat huraian
           - ayat contoh ( 2 ataupun 3 contoh boleh dinyatakan )
           - ayat sokongan
           - ayat rumusan

3.3 Perenggan penutup
  • untuk mengakhiri penyampaian idea penulisan.
Binaan perenggan penutup
  • untuk meninggalkan kesan tertentu kepada pembaca, perenggan penutup dibina menggunakan strategi yang mengandungi beberapa ayat yang berfungsi sebagai :
          -ringkasan, rumusan, keputusan, penegasan, imbasan, bandingan, amaran, harapan, ramalan,                 kesan dan cadangan.

  • perenggan penutup dapat dibina menggunakan satu atau beberapa ayat sahaja.

    
4.0 TAHAP-TAHAP PEMERENGGANAN YANG BERKESAN

1. Tahap persediaan/ persiapan 

Pada tahap ini, penulis akan meperlengkapkan diri dan memberi perhatian kepada aspek-aspek yang berikut, iaitu :
  • mempersiapkan minda
  • mengenalpasti bidang/skop/ tajuk
  • menentukan media dan pembaca sasaran
  • memperoleh dan mendokumentasi bahan serta maklumat
2. Tahap penyusunan

Pada tahap ini, penulis akan membuat perancangan yang melibatkan :
  • menyusun/ mengatur rangka isi
  • mengembangkan isi/ fakta dan pemerengganan
  • menjalinkan isi
3. Tahap penyemakan

Pada tahap ini, penulis akan membuat semakan terhadap:
  • aspek isi yang tertinggal, tidak tepat dan memerlukan penambahan maklumat/huraian
  • aspek bahasa ( ejaan. tanda baca dan sebagainya)
  • keseluruhan format karangan


Rujukan

Abu Hassan Abdul dan  Abd. Rashid Md. Idris, (2012). BMK3043: Seni Mengarang. Tanjung Malim            Perak. Pusat Pendidikan Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Shah Alam  Selangor. Reka Cetak Sdn. Bhd.

http://bahterabahasa.blogspot.my/2007/12/pemerengganan-konsep-pemerengganan.html?m=1 diakses pada 29 September 2017, 01:13 PM

No comments:

Post a Comment